PROFIL PKG



PKG Binjai terletak dalam daerah Kemaman. Berada dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Binjai Status fizikal PKG adalah berbangunan sendiri. Jarak dengan BTPN Terengganu sejauh 138 kilometer manakala 7 kilometer dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. PKG Binjai pada peringkat awal penubuhannya dikendalikan oleh Zahari bin Ibrahim (1991-1995) Diikuti dengan Mohd Fauzi bin Abdullah (1996-2001), Jaafar bin Shaari (2001)  Mulai 2002 PKG Binjai dikendalikan oleh Ruzaidi bin Ibrahim. Hari ini, PKG telah dikendalikan oleh Encik Abu Bakar bin Abd Rashid. Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa, PKG Binjai kini mempunyai 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pembantu Tadbir dan Juruteknik Komputer. Bilangan sekolah dalam zon PKG Binjai ialah 29 buah terdiri dari 11 buah sekolah menengah dan 18 buah sekolah rendah.