Menjadi rutin bulanan BTPN Terengganu mengadakan Perhimpunan Bulanan
setiap tahun. Perhimpunan kali ke-3 ini diurusetiakan oleh Unit
Perkhidmatan ICT. Antara pengisian utama pada kali ini adalah pelancaran
Lagu 5S : Suatu Tuntutan dan penyerahan banting 5S kepada semua Ketua
Unit. Selain daripada itu turut diadakan bicara buku yang disampaikan
oleh Encik Azmi bin Senik. Dalam ucapan Ketua Unit ICT, Encik Yusma @
Abd. Mubin bin Yusof, beliau berkongsi hal yang berkaitan dengan
tatakelakuan penjawat awam. Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Alias bin
Talib, KPP BTPN Terengganu yang turut menyentuh tentang kesepakatan dan
hubungan organisasi yang semakin erat antara semua warga BTPN dan PKG
Terengganu. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program kali
ini.
