MAJLIS SEKALUNG BUDI
KHAMIS, 2 Februari - Kemeriahan, kesedihan seiring dalam majlis sempena
meraikan Majlis Sekalung Budi buat Encik Azman bin Othman, Puan Nik
Rosniza Nik Mustapha, Encik Amiruddin Mohamad, Encik Muhammad Sukri,
Puan Hasnida dan Encik Zaki Abidin yang akan bertugas di tempat yang
baru. Majlis ini dikendalikan oleh BAKEP BTPN & PKG Terengganu.
Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya
bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Harapan kami, Warga
BTPN & PKG semoga semuanya bergembira dengan suasana dan variasi
kerja yang baru. Encik Azman Othman telah bertukar ke JPNT, Puan Nik
Rosniza dan Encik Amiruddin ke BTP, Bukit Kiara, Encik Muhammad Sukri
sebagai GPK di SK Pulau Perhentian, Puan Hasnida bertukar ke sekolah
manakala Encik Zaki bersara wajib
