PROGRAM KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Program Khidmat Bantu Makmal
Komputer Sekolah Daerah Marang yang telah diadakan pada 7-9 Julai 2013.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Che Rozaid bin
Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang (VOTEK) yang telah
diadakan pada 9 Julai 2013 di SK Gong Nangka. Sekolah-sekolah yang
terlibat adalah SK Gong Nangka, SK Bukit Gasing, SK Bukit Jejulong, SK
Pengkalan Berangan, SK Wakaf Tapai, SK Bukit Payong dan SK Pulau
Kerengga. Fasilitator yang terlibat adalah dalam kalangan PTP PKG,
Juruteknik Komputer PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dan
Juruteknik Komputer Sekolah. Sekalung tahniah juga kepada PKG Marang
dan PKG Bukit Payong yang banyak membantu dalam menjayakan program yang
julung kali diadakan.
